Pages

Saturday, 26 November 2011

PEMAKANAN : Jenis Makanan

Objektif : Murid murid dapat mengetahui jenis makanan  dalam kumpulan pemberi tenaga, pembina tenaga, pembina tubuh dan pemelihara kesihatan.

Mari kita perhati dan teliti  dan cuba fahami gambar-gambar jenis makanan mengikut kategori tersebut

PROTEIN ; Makanan pembina tubuh

VITAMIN ; Makanan pemelihara kesihatan
KARBOHIDRAT ; Makanan pemberi tenaga

Cuba senaraikan lapan jenis makanan yang kamu ketahui mengikut kumpulan makanan berdasarkan  gambar  diberi.

CONTOH MAKANAN
KARBOHIDRAT
PROTEIN
VITAMIN
1



2



3



4



5



6



7



8



Pemakanan : Makan Cara Sihat


SENARAI SEMAK UNTUK MAKAN CARA SIHAT
1
Nikmati pelbagai jenis makanan
2
Makan mengikut keperluan
3
Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
4
Pilih makanan yang kaya dengan bijirin dan kekacang
5
Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam
6
Banyakkan meminum air kosong

PEMAKANAN : MAKANAN BERKHASIAT

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini murid-murid dapat
1. Mengamalkan cara pemakanan yang betul
2. Mengetahui dan menyatakan makanan yang berkhasiat dan makanan rapu
3. Berasa seronok menyanyikan lagu dan melakukan aktiviti



Aktiviti 1 : Mari kita menyanyikan lagu Yang Mana Satu.

NYANYIAN LAGU YANG MANA SATU
Yang mana satu,
idaman kalbu,
makanan berlemak,
semua disapu,
akibatnya badan gemuk dan lesu

yang berkhasiat,
dan yang bermutu,
janganlah makan,
mengikut nafsu,
agar hidupmu,
sihat selalu
Aktiviti 2 : Senaraikan  jenis- jenis makanan rapu  dan kesan makan makanan terlalu kerap atau berlebih-lebihan. 
Bil Jenis-Jenis Makanan Rapu Akibat jika dimakan berlebihan
1.       


2.       


3.       


4.       


5.       


6.       


7.       


8.       






Aktiviti  3 : Senaraikan makanan yang berkhasiat dan nyatakan kebaikan mengamalkan pengambilannya dalam kehidupan
Bil Jenis-Jenis Makanan Berkhasiat Kebaikan Mengamalkannya
1.       


2.       


3.       


4.       


5.       


6.       


7.       


8.       


Thursday, 24 November 2011

PEMAKANAN. TOPIK : MAKANAN RAPU

Mengambil makanan rapu adalah tidak baik untuk kesihatan badan. Ini kerana makanan rapu mengandungi
1) gula dan garam berlebihan
2) bahan pewarna
3) bahan pengawet
4) minyak dan lemak

Antara kesan mengambil makanan rapu ialah :
1) kegemukan atau obesiti
2) kerosakan gigi
3) kekurangan vitamin dalam badan
4) kelesuan
5) kerencatan tumbesaran
6) keguguran rambut

PEMAKANAN : TOPIK : MAKANAN BERKHASIAT

OBJEKTIF : murid-murid dapat
1) mengamalkan cara pemakanan yang betul
2) mengetahui dan menyatakan  makanan yang berkhasiat dan makanan rapu.
3) berasa seronok menyanyikan lagu dan melakukan aktiviti.

MAKANAN SEIMBANG
1) Mengimbangkan pengambilan pelbagai makanan adalah langkah pertama ke arah gaya hidup sihat.
2) Makanan yang kita makan boleh dibahagikan kepada 5 kumpulan utama iaitu
     a) karbohidrat : Memberi tenaga/ Disimpan sebagai lemak
     b) protein : Untuk tumbesaran dan membaiki sel-sel rosak/ membekalkan tenaga simpanan
     c) lemak : Penebat haba / disimpan sebagai lemak
     d) vitamin : kawal proses-proses penting / Mempercepatkan tindak balas kimia dalam badan
     e) Garam mineral : Membekal bahan-bahan khas untuk tumbesaran / Membaiki dan menjaga     kesempurnaan sel
     d) serat : melancarkan sistem penghadaman dan perkumuhan

3) Oleh sebab tidak semua makanan boleh memberikan zat makanan yang kita perlukan, kita perlu makan pelbagai jenis makanan berdasarkan panduan yang diberi dalam piramid makanan seperti rajah .

4) Kesan mengamal pemakanan seimbang ialah
     a) tumbesaran seimbang.
     b) berat badan terkawal
     c) tidak menghadapi masalah penghadaman
     d) badan sihat dan cergas

Wednesday, 23 November 2011

KESIHATAN DIRI . TAJUK : CARA MENGGOSOK GIGI DENGAN BETUL

OBJEKTIF :Pada akhir aktiviti ini murid-murid dapat
1. Memberus gigi dengan kaedah yang betul
2. Mengetahui cara menjaga  kebersihan gigi. 
3. Menyanyi sambil melakonkan cara memberus gigi. 
4. Berasa seronok  dan gembira ketika melakukan aktiviti.

MARI KITA LIHAT SAMA-SAMA CARANYA ;
 


 Mari kita nyanyi sama-sama lagu gosok gigi sambil melakonkan cara gosok gigi


 



SET GIGI SUSU DAN GIGI KEKAL

SET GIGI SUSU MENGANDUNGI
8 BATANG GIGI KACIP
4 BATANG GIGI TARING
8 BATANG GIGI GERAHAM
GIGI SUSU AKAN LURUH PADA USIA 7-11 TAHUN DAN DIGANTIKAN DENGAN GIGI KEKAL
LIHAT PERBEZAAN GIGI SUSU DENGAN GIGI KEKAL

Set gigi kekal biasanya mengandungi
* 8 batang gigi gigi kacip
* 20 batang gigi geraham (geraham kecil dan besar)
* Gigi yang paling akhir terbentuk ialah geraham bongsu
* Gigi berfungsi menghancurkan makanan. Fungsi khusus bagi setiap gigi adalah seperti berikut
gigi kacip : mengerat dan memotong makanan
Gigi taring : mengoyak makanan
Gigi geraham : menghancurkan makanan

CARA JAGA KESIHATAN DIRI DAN AKIBAT TIDAK MENJAGA KESIHATAN DIRI

Saturday, 8 October 2011

PERASAAN SAYA


 APAKAH PERASAAN ANDA HARI INI?

Memahami Perasaan.
Nota :
Perasaan seseorang dapat dikenal pasti melalui gaya atau perlakuan badan serta memek mukanya. 
Antara kebaikan meluahkan perasaan ialah ;
a) Tidak berasa tertekan
b) Berasa Tenang
c) Mempunyai emosi yang sihat
c) Boleh mengurangkan tekanan
d) Tumbesaran yang sihat
e)Berfikiran positif
f) Keyakinan tinggi


1. Cuba kamu lakonkan secara berpasangan dengan rakan.  Suruh pasangan kamu meneka memek muka yang dilakonkan itu.
2. Cuba kamu cari pelbagai gambar memek muka dan buat buku skrap.

Fikir sejenak


Tandakan (_/) pada pernyataan tersebut samada betul atau salah

bil
Kenyataan
Betul
Salah
1.       1
Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari .


2.       2
Gula -gula adalah makanan yang baik untuk kesihatan gigi kita.  


3.       3
Nasi adalah makanan sumber tenaga kita .  



4.       4
Sayur-sayuran tidak boleh dimakan dengan banyak. 


5.       5
Kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari  .