Pages

Thursday, 22 September 2011

Sukatan pelajaran Kesihatan Diri Dan Keluarga

1. Kesihatan Diri
Asas kesihatan fizikal adalah mengenali bahagian tubuh badan, menjaga kebersihan mulut, kesihatan gigi, dan menjaga kulit dan rambut.
    (a) Mengenali bahagian tubuh badan:
  •          Kepala, tangan,  abdomen, kaki
   (b) Kebersihan Diri:
  •      Kebersihan mulut 
                Penjagaan gigi, Karies gigi
  •      Kesihatan gigi
                 Makanan untuk kesihatan gigi
                 Makanan yang merosakkan gigi
  •    Pengurusan kesihatan diri:
                  Penjagaan kulit-Kudis
                  Penjagaan rambut- Kutu dan kelemumur
  • Penjagaan kebersihan tubuh badan
2. Perasaan
Asas kesihatan emosi adalah luahan rasa isi hati dalam sesuatu situasi.
(a) Melahirkan perasaan:
(i) Cara melahirkan perasaan mengikut situasi
  • Ketawa, Senyum, Menangis, Suka, Sedih, Takut, Gembira, Marah, Sugul, Malu, Terkejut

Mari kita nyanyi sama sama lagu Gosok Gigi

Wednesday, 21 September 2011

PEMAKANAN. TOPIK : WAKTU MAKAN

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini murid dapat                                   

i)menepati waktu makan
ii) mengetahui masa yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
iii)menyatakan makanan yang berkhasiat untuk makan waktu pagi, tengah hari dan malam

Antara kebaikan menepati waktu makan ialah :
1) dapat mengelakkan masalah gastrik
2) tabiat pemakanan seimbang untuk badan
3) memberi tenaga yang secukupnya untuk badan

makan malam
(6.00- 9.00 pm)

Makan makanan yang berkhasiat supaya badan kita sentiasa sihat.
sarapan pagi
(7.00-8.00am)

makan tengahari
(12.00- 2.00 pm) 

Tuesday, 20 September 2011

MARI KITA MENGENALI TUBUH BADAN KITA

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini murid dapat
1) Murid dapat menyatakan bahagian-bahagian badan
2) Mengenali bahagian badan
3)Berasa gembira dan bersyukur dengan tubuh badan yang sempurna

1. Sebut dan kenal pasti bahagian badan dalam rajah
2. Sebut dan tunjukkan bahagian kepala, abdomen, tangan dan kaki kamu sendiri

Monday, 19 September 2011

KESIHATAN DIRI : TOPIK : PENJAGAAN GIGI

LAGU BURUNG KAKAKTUA

BURUNG KAKAK TUA ,
HINGGAP DI JENDELA,
KITA MASIH MUDA,
GIGI PERLU DIJAGA.

KORUS;
LETRUM, LETRUM,
LETRUM OH LA LA (3 KALI)
BURUNG KAKAK TUA.
BURUNG KAKAK TUA,
HINGGAP DI JENDELA,
JAGA DARI LENA,
GOSOK GIGI MANDI MANDA,

ULANG KORUS.

BURUNG KAKAK TUA, 
HINGGAP DI JENDELA,
MULUT PERLU DIJAGA,
SUDAH MAKAN KUMUR SEGERA.

ULANG KORUS


BURUNG KAKAK TUA,
HINGGAP DI JENDELA
GIGI PERLU DIJAGA,
BIAR KEKAL HINGGA TUA.

ULANG KORUS

melodi : burung kakaktua

PEMAKANAN : Makanan Yang Berkhasiat untuk Gigi Dan Makanan Yang Boleh Merosakkan Gigi

makanan yang boleh merosakkan gigi

makanan yang berkhasiat untuk gigi


Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman  kamu sila senaraikan  nama makanan yang boleh merosakkan gigi dan makanan untuk kesihatan gigi. Buat dalam jadual seperti di bawah.
Makanan Yang Boleh Merosakkan Gigi
Makanan Untuk Kesihatan Gigi
















Gaya hidup Sihat

Nyanyian : Yang Mana Satu

yang mana satu,
idaman kalbu,
makanan berlemak,
semua disapu,
akibatnya badan gemuk dan lesu

pilihlah satu kegemaranmu,
yang berkhasiat,
dan yang bermutu,
janganlah makan,
mengikut nafsu,
agar hidupmu,
sihat selalu

melodi : Yang Mana Satu

CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

1. Kuku kaki dan tangan mesti sentiasa pendek dan bersih
2. Pastikan bahagian luar telinga kita sentiasa bersih.
3. Syampu rambut sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
4. Mandi 2 kali sehari
5. Gunakan sabun mandi.
6. Keringkan badan dan rambut dengan tuala bersih
7. Sentiasa kemas dan berpakaian bersih
Apakah akan terjadi jika kita tidak menjaga kebersihan diri kita ?

Sunday, 18 September 2011

sk2 taman keramat

Tangga gaji

Isi markah-saps

saps.moe.gov.my/

link upsi

http://www.upsi.edu.my/

terbaekkkk


Di Sini Bermulanya Blokku

Selamat datang ke blok baruku ini.. Saya Nor Hayati Jaffar baru saja sem2 PPG UPSI berasa sangat teruja dan bertuah kerana dapat menyambung pelajaran di peringkat degree bersama kawan-kawan dan sahabat yang lain.  Saya mewujudkan blog ini untuk kita sama-sama belajar  dan berkongsi ilmu yang ada terutamanya dalam mendidik diri, anak-anak dan juga anak-anak bangsa kita.