Pages

Thursday 24 November 2011

PEMAKANAN : TOPIK : MAKANAN BERKHASIAT

OBJEKTIF : murid-murid dapat
1) mengamalkan cara pemakanan yang betul
2) mengetahui dan menyatakan  makanan yang berkhasiat dan makanan rapu.
3) berasa seronok menyanyikan lagu dan melakukan aktiviti.

MAKANAN SEIMBANG
1) Mengimbangkan pengambilan pelbagai makanan adalah langkah pertama ke arah gaya hidup sihat.
2) Makanan yang kita makan boleh dibahagikan kepada 5 kumpulan utama iaitu
     a) karbohidrat : Memberi tenaga/ Disimpan sebagai lemak
     b) protein : Untuk tumbesaran dan membaiki sel-sel rosak/ membekalkan tenaga simpanan
     c) lemak : Penebat haba / disimpan sebagai lemak
     d) vitamin : kawal proses-proses penting / Mempercepatkan tindak balas kimia dalam badan
     e) Garam mineral : Membekal bahan-bahan khas untuk tumbesaran / Membaiki dan menjaga     kesempurnaan sel
     d) serat : melancarkan sistem penghadaman dan perkumuhan

3) Oleh sebab tidak semua makanan boleh memberikan zat makanan yang kita perlukan, kita perlu makan pelbagai jenis makanan berdasarkan panduan yang diberi dalam piramid makanan seperti rajah .

4) Kesan mengamal pemakanan seimbang ialah
     a) tumbesaran seimbang.
     b) berat badan terkawal
     c) tidak menghadapi masalah penghadaman
     d) badan sihat dan cergas

No comments:

Post a Comment